Monday 17 October 2011

Naluri Lelaki: NUKILAN by Fakhrul Islam




“Baby dah buka bra ke belum?
“Kalau dah buka bra jangan lupa buka spender, mcm mana nak masuk.....” Inilah SMS yang dibaca oleh seorang guru displin apabila merampas handfon seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah di Seremban!! Berita diambil dari Utusan Malaysia (19 MEI 2010). Bodoh tahap dewa pun ada mereka ni, inilah rasukan ablasa syaitan, hati yang bertunjangkan nafsu serakah. Baru ‘setahun jagung’ kata orang dah pandai mengalahkan orang yang sudah berumah tangga pula.

Wanita selalunya akan mengikut telunjuk pujuk rayu lelaki. Wanita lebih setia dari lelaki terhadap pasangan kekasihnya. Setuju @ tidak? Apa kata teman lelaki akan ditelan bulat-bulat apatah lagi pujuk rayu dengan ayat yang menggelodak jiwa. Wanita jenis ini akan memencenkan akal mereka yang sependek ini. Alahai malangnye mereka, dalam usia remaja ini tersasar pula telunjuk dan ajar.

Seperti yang dikatakan saya cuba untuk menyajikan apakah NURANI LELAKI berdasarkan naluri seorang lelaki dan pengalaman berkawan dengan pelbagai rakan-rakan dari segala latar belakang diri. Dapat dikelaskan secara umumnya lelaki yang baik dan buruk!! Kita lihat nurani lelaki yang buruk (kurang bijak, nafsu tanpa kawal, pandai mengurat wanita, sanggup berbuat apa sajaha untuk dapatkan hati dan diri pasangan) contoh:

1. Susuk tubuh badan wanita:
Lelaki akan pandang seluruh tubuh badan wanita! Apatah lagi pada wanita yang memakai seksi ala-ala minah salleh gitu. Dari segi pandangan akan menafsirkan sesuatu dikepala lelaki itu terhadap wanita yang seksi. Di IPTA selalunya akan berlaku tentang perkara sebegini. Alangkah malangnya tubuh wanita ini diperlihatkan kepada orang ramai dan penafsiran yang berbagai-bagai bagi siapa yang melihatnya. Apa erti pandangan suami kamu pula nanti, sebenarnya sebahagian tubuhmu telah dihidangkan kepada orang lain sebelum suamimu. Rugikan??!

PENILAIAN TUBUH WANITA KEPADA LELAKI
Terdengar kata-kata orang bahawa “tak perlu mencari teman secantik Balqis, jika diri tak sehebat Sulaiman. Mengapa mengharap teman setampan Yusof jika kasih tak setulus Zulaikha. Selalunya lelaki ini ingin memiliki wanita yang serba sempuran seperti bertubuh lansing, berkulit putih dan berwajah cantik. Ini saya menafsirkan secara idealnya bagi lelaki.

Namun, ada juga sesetengah lelaki tidak mengambil wanita yang bertubuh lansing, berkulit putih @ berwajah cantik. Tetapi mereka memilih pasangannya dek kerana beberapa sebab. Antaranya:

1- Kulit.
Wanita dari pandangan lelaki tak perlu berkulit putih asalkan kulit itu dijaga dengan baik. Lembuh bak kulit bayi. Hal ini akan mendatangkan satu sifat didalam tubuh lelaki iaitu tidak bosan untuk membelainya.

2- Mata.
Golongan lelaki selalunya terpukau dari pandangan mata wanita. Dengan pandangan dapat menggoda dan menipu! Wanita yang pandai menjaga mata ditambahkan lagi dengan bulu mata yang lentik dengan bantuan kosmetik ibadat ‘syurga’ buat suami yang melihatnya.

3- Aroma badan.
Lelaki juga amat suka bau badan pasangan. Apatah lagi jika wangian itu sejenis wangian yang boleh mendatang ghairah pada pasangannya.

4- Dada(payu dara)
Saya memohon maaf untuk menyentuh hal ini. Namun ia perlu untuk saya jelaskan dari sudut Nurani lelaki. Apa yang peliknya, ada juga pakar yang menyatakan bahawa melihat payu dara boleh memanjangkan umur. Walaupun bukan alasan panjang umur itu dipegang tetapi Inilah bahagian yang selau menjadi perhatian kaum lelaki!! Sedangkan al-Quran menjelaskan bahawa

“Dan hendaklah kamu (kaum wanita) menutupi kain tudung sehingga ke bawah paras dada” (surah an-Nur: 31)

Apakah sekarang golongan wanita semuanya bertudung sebegitu??@ tidak tahu bahawa ia arahan dari Allah. Sesungguhnya orang yang ingkar kepada ayat Allah tempatnya di dalam neraka jahannam!!

Ada beberapa sebab saya menceritakan tentang perkara ini. Fikirlah dengan fikiran terbuka moga kita memperolehi sesuatu yang bermunafaat. Sedarlah bahawa aurat itu berkaitan dengan maruah diri. Apa yang menimbulkan syahwat itulah yang dijaga oleh agama. Kegemaran dan kecintaan terhadap sesuatu yang tidak elok itu merupakan pencuri yang Berjaya menguasai hati, manakala senjatanya ialah iman dan malu.

Suburkanlah nilai keimanan dalam hati kita semua sahabat. Rasanya akhir zaman sudah lama tiba. Cuma menanti retak dan belah. Cuba kita renungi hadith ini:

“Akan datang umatku diakhir zaman terdiri dari kaum wanita yang mana mereka itu berpakaian dalam keadaan telanjang, diatas kepala mereka berbonggol-bonggol seperti belakang unta. Mereka ini dilaknat oleh Allah dan tidak masuk mereka kedalam syurga, serta tidak dapat menghidu bauannya. Dan sesungguhnya wangian syurga itu didapati jarak perjalanan lima puluh ribu tahun perjalanan” – Hadith Sahin Bukhari-

Bukan mereka yang mendedah aurat ini tidak akan masuk syurga bahkan baunya pun tak dapat!! SubhanaAllah. Kerasnya hati manusia kini seperti karat! Karat pada besi mudah untuk dibuang tetapi karat pada hati manusia??
Apa salahnya kita semua menjaga tingkah laku yang telah ditetapkan oleh Islam. Mungkin keseronokan dunia yang telah menawan hati kita semua. Tapi sedarlah wahai sahabatku, Kita generasi yang kuat! Berjiwa besar! Tegakkanlah nilai keislaman dalam hati serta berjuanglah diri kita ini kearah yang diredhai. Keseronokan yang sebegitu kita akan nikmati dan lebih terasa nikmat bila sudah berumahtangga kelak.

MUHAMMAD FAKHRUL ISLAM BIN MD ZARIN
fakhrulfssk@yahoo.com

0 Pandangan:

Post a Comment