Monday 17 October 2011

Untukku dan dirimu sahabat ikhlas dari karanganku by Fakhrul Islam


TULISAN INI KU NUKILKAN UNTUK BEBERAPA TEMANKU YANG PERNAH MELUAHKAN PERASAANNYA DEK KERANA MASALAH YANG MEMBELENNGU DIRINYA. MOGA KITA BOLEH SHARE SEBAB MUNGKIN MASALAH YANG SAMA AKAN BERLAKU PADA DIRI KITA:

Aku bukan golongan yang cerdik pandai, aku juga bukan senarai tokoh ilmuan yang hebat. Mungkin kata-kataku ini kau pandang sebelah mata dan aku juga tidak mengharapkan kau berpaling kearahku. Tetapi dengarlah, aku cuba untuk memahami dirimu sebaiknya agar engkau faham tentang statusku yang bernama sahabat.
Dalam kekalutan menyelesaikan masalah, kita dihujani dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Dengan masalah dirinya, masalah keluarganya, masalah perasaannya. Mungkin kita tidak diuji dengan kekuarangan harta, tetapi yakinlah kita akan diuji dengan jiwa dan perasaan. Allah s.w.t merakamkan didalam al-Quran pada surah al-Baqarah(155):

“Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan khabarkan berita gembira kepada orang yang sabar”

Wahai sahabtku, sesungguh ujian dari Allah itu adalah anugerahNYa. Dia ingin melihat hambanya yang bersabar kemudian menjanjikan orang yang sabar itu tempatnya di dalam syurga. Mengapa kita perlu mengeluh bila ditimpa musibah @ kecelakaan?sedangkan Allah menantikan tindakan KESABARAN kita? Sedangkan Allah menantikan tindakan syukur kita kepadaNYa? Jika kamu ditimpa musibah, ingatlah bahawa tujuan asal kita dicipta untuk menjadi khalifah bukan menjadi seorang yang dilema dek masalah. Khalifah itu adalah ketua, kita adalah ketua samada ketua yang memandu diri sendiri @ orang lain kearah hidup yang damai dan harmoni, Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 30:

“......Aku ingin menjadikan khalifah dimuka bumi......”

Sahabat, jika kita menganggap diri kita ini seorang yang menanggung masalah yang besar, ingatlah bahawa orang lain mempunyai masalah yang lagi besar dari kita. Kita masih ada keluarga, jiran dan rakan-rakan, Bagaimana dengan saudara Islam kita di Iraq?Afghanistan? mereka tiada punyai keluarga lagi, tempat tinggal, makan dan minum. Hidup sebagai pelarian ditempat sendiri!! Jika kamu dilema dek kerana perasaan cinta, yakinlah ada orang yang mempunyai pengalaman perit ketika bercinta, berapa ramai yang kehilangan pasangan sebelum menganjak ke alam perkahwinan akibat kematian(kemalangan dan dll).

Biarlah kita ditikam oleh keluarga sendiri asalkan hak yang benar kita tegakkan. Jika ada masalah keluarga berbincanglah itu lebih baik dari bermasam muka. Bukanlah sebab musabab kita ikut ahli keluarga kita itu akan mendapat keberkatan n keredhaan Allah tetapi ikutlah al-Quran dan Sunnah. Belajarlah dengan sifat yakin dalam diri dan jangan mencampakkn dirimu kedalam lembah kebinasaan. Bukan titis keturunan, bukan sama kumpulan darah yang akan dijanjikan Syurga tetapi yang menjanjikannya orang yang mengikut al-Quran dan Sunnah.

Binalah takwa dalam dirimu sahabat.
Belajarlah erti kefahaman, faham diri dan orang lain. Kita hendak disayangi tetapi belajarlah untuk menyayangi. Hormat org lain jika kita mahu dihormati.Peritnya pengkhianatan!Peritnya tiada kesetiaan! Mohonlah petunjuk daripada Allah jika kamu ditimpa masalah dan keraguan.Janganlah serahkan urusan diri kepada orang lain kerana ia amat berbahaya. Teringat kata-kata Ali Zainul Abidin (cucu Nabi s.a.w):

“Ya Allah ya tuhanku, jangan KAU serahkan urusan diri kepada diriku kerana aku tidak mampu untuk menguruskannya, dan jangan KAU serahkan urusan diriku ini kepada orang lain keranan mereka akan membelakangi aku( yakni membinasakan aku)”

Serahlah urusan diri kita kepada Allah. Bersabarlah! Sahutlah seruan KEREMAJAAN ini dengan semangat, belalah diri dengan ILMU dan AMAL! Zaman remaja adalah zaman cabaran tetapi zaman yang menyeronokkan jika kita berada pada landasan yang betul. Bodohnya seorang remaja yang memandulkan anugerah Allah ini dengan kehampaan @ dengan kerana masalah yang sedikit ini. Binalah zaman remaja ini untuk membela diri, keluarga dan agama. Belajarlah erti KEMAAFAN!! Tulisan ini KU nukil untuk diriku dan khas untukmu yang bergelar sahabat.

NUKILAN DARI: MUHAMMAD FAKHRUL ISLAM BIN MD ZARIN

0 Pandangan:

Post a Comment