Monday 17 October 2011

Alahai IBU KANDUNG’KU’ bukan Suluh Budiman by Fakhrul Islam



Baru-baru ni di MELAKA!! Terencat akal! buta hati! Alangkah baiknya jika kau turut serta ‘bersama’ku di dalam kehinaan ini. Kurang didikan agama?? Tidak mungkin, kadang-kadang merekalah lebih ‘beragama’ daripada orang lain. Ku nukil atas perasaan simpati bukan untuk meraih populariti. Ku karang atas dasar iman bukan untuk dipermainkan. Moga Allah memberkati kalian yang bergelar insan.
Al-quran yang mulia merakamkan kalam Allah dengan penuh perhatian dan pedoman.
Allah berfirman dalam Surah Al-Isra’: 32
“Dan janganlah kamu menghampiri kejalan yang mendorong ke arah zina. Sesungguhnya perbuatan itu sangat keji dan buruk padahanya”


Tatkala gelombang kebangkitan era sains dan teknologi kini, makin tinggilah gelombang kelahiran anak luar nikah. Angka 17, 303 kelahiran anak luar nikah pada tahun 2009 bukan angka yang mengejutkan kerana mungkin akan bertambah lagi tahun ini. Bukan sahaja anak ini muncul ibarat cendawan tumbuh lepas hujan, tetapi setelah anak ini melihat dunia hanya seketika dibunuh pula ibarat yahudi & Israel menyembelih dan menembak mati saudara kita di Arab! Apakah yang membunuh mereka ini binatang @ makhluk asing? Sungguh! Hati mereka Mati. Imbau Zaman Firaun yang mengarahkan agar membunuh semua anak lelaki, manakala zaman Jahiliyyah pula mengarahkan agar anak perempuan dibunuh. Tetapi zaman sekarang?? anak lelaki @ perempuan yang dibunuh?? Kedua-duanya sekali bukan?? SIAPA yang lebih zalim dari firaun dan kafir jahiliyyah??

Jujur aku menceritakan, berita dan keperitan sebilangan rakan-rakanku yang pernah melahirkan anak tanpa akad yang sah. Lain pula ceritanya rakanku yang pernah melanggan pelacur di lorong tertentu, adapun yang pernah ‘bersama’ pondan! Allahuakbar! Sedih sahabatku, ada anak yang sudah berjalan mahupun yang hampir ke alam bersekolah. Comel anakmu tapi tidak comel perbuatanmu. Sekarang mereka kesal, pedih hati memikirkan kesilapan lampau. Ada juga yang melafazka rasa ingin bertaubat. Mereka bukan kesal terhadap anak @ pasangan tetapi seolah-olah ternampak azab tuhan dihadapan. Allah membuka taubatmu sahabat!

Apa dia lelaki berhatikan NAFSU??Apa pula yang ada ditubuh wanita?? Lelaki hanya melampiaskan nafsu, akibat tangan-tangan kotor syaitan. Cantiknya tubuh wanita menghiasi pandangan tetapi menipu dan mengaburi kemuliaan hati.
Aku ingin memperingati kepada semua sahabat & teman, janganlah kita fakir dihadapan manusia.
Temanku, Fakirkanlah dirimu kepada Allah:
“Ya ayyuhannas, antum fuqara ilAllah”~ bermaksud: Wahai manusia kamu fakir kepada Allah azzawajal.


Nilailah maruah kita pada tahap yang tinggi, Haramkanlah tubuhmu pada ‘makhluk’ yang rakus dan bersifat kesyaitanan. Maruahmu amatlah berharga. Serahlah ia bila bersuami @ beristeri yang sah dengan semulianya. Persoalan yang mungkin tidak pelik apabila berkahwin nanti...... “Apakah kamu pernah ******* dengan pasanganmu sewaktu bercinta sebelumku?” Apa jawapanmu nanti?? Hati-hatilah memilih pasangan.

Sebelum kita menutup mata, marilah munajat dan memohon kepada Allah agar dipelihara maruah, diri dan keluarga kita dari perkara ini. Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik manakala perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Ingat wahai golongan wanita, sejahat mana lelaki itu ia tetap berhasratkan kepada wanita yang baik!! Tetapi sejahat mana wanita itu hanyalah peluang untuk lelaki merampas makhkotanya sahaja diiringi dengan janji-janji manis semasa dalam perhubungan!! Ingatlah bahawa aku juga LELAKI!!

p/s: Episod akan datang NURANI LELAKI (Apadia nilai tubuh wanita pada lelaki)

Muhammad Fakhrul Islam Bin Md.Zarin
(fakhrulfssk@yahoo.com)




0 Pandangan:

Post a Comment