Showing posts with label Santai. Show all posts
Showing posts with label Santai. Show all posts

Sunday, 1 May 2011

Selamat Bercuti, Semoga Selamat Pulang Ke Kampung Halaman & Jumpa Lagi

Kalam Latihan Pembangunan Sahsiah mengucapkan SELAMAT BERCUTI kepada semua warga UPSI, semoga percutian anda pada kali ini memberi seribu satu makna dan kenangan yang bermakna dalam kehidupan sebelum bergelar PENDIDIK yang sebenar.

Kepada MAHASISWA & MAHASISWI yang menjalankan kewajipan di medan persekolah untuk menyelesaikan PRAKTIKUM,  semoga sentiasa sabar dan redha dalam melalui duani persekolahan yang sebenar. Kutiplah mutiara-mutiara ilmu yang ada untuk di jadikan kalung yang berharga pada masa hadapan kelak apabila anda bergelar GURU.

 HADIAH DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA


Selamat bercuti kepada semua... mungkin ada sudah yang balik atau sedang berada di atas awan... manfaatkan cuti anda. Redha Allah itu sentiasa dicari. Kepada yang akan ber Latihan Mengajar, selamat berLM dan jadilah guru yang benar. Moga diberkati Allah semuanya. Ameen... =) 

post ku yg terakhir... jumpa lg lps 4 bulan.. insya ALLAH..
Malam ni bertolak balik kelantan, kepada sahabat-sahabat aq mohon maaf jika ada tersalah kata, tersilap bicara..insyaAllah andai ada umur, bulan 9 jumpa lagi..mohon doa dari kalian agar perjalanan malam ni selamat sampai...selamat bercuti buat semua...Assalamualaikum..

sahabat2 yang disayangi...saya pasti merindui kalian...ampun dan maaf atas segala kelemahan dan kekurangan....

Satu persatu sahabat pulang ke pangkuan keluarga.. Ada yg sempat jumpa ada yg x... Apa2 sy mhn maaf pd yg m'genali diri ini.. Andaikata suatu masa aku tiada lagi di dunia ni, sedekahkanlah al-fatihah bila teringat namaku =(

Alhamdulillah..selesai sudah untuk semester 4..
~SELAMAT BERCUTI KAWAN-KAWAN~

Menanti detik keberangkatan pulang meninggalkan bumi Tanjung Malim untuk mendarat di Bumi Serambi Mekah.....Rindunya.....:) tak sabar nak balik.......huhuhu
***owh Tanjung Malim, jumpa lagi 11 september nanti.....:)

Mahasiswa Pendidik mengucapkan selamat bercuti panjang kepada semua Mahasiswa/wi UPSI dan juga yang berada di kampus2x lain. Terima kasih diucapkan kepada mereka yang terus bersama dengan MP berdiri teguh bersuara memperjuangkan kebajikan dan hak Mahasiswa. Jutaan kemaafan dipinta andaikata terdapat kata2 atau post2 yang kurang sesuai di wall KSMP. Insya Allah, jika diberi umur yang panjang, kita bersua lagi di semester hadapan. Teruskan Bersama Mahasiswa Pendidik.. 

Inilah sebahagian kata-kata siswa/i UPSI, hadiah khas kepada pengunjung Kalam Latihan Pembangunan Sahsiah pada sesi kali ini. Semoga dipanjangkan usia, agar dapat dikekalkan ukhwah yang terbina... Salam Permisi....


Coretan Rasa : RM

Wednesday, 27 April 2011

Belajarlah Menulis di atas Pasir


DUA orang sahabat karib sedang berjalan melintasi sebuah gurun pasir. A dan B. Di tengah-tengah perjalanan, tiba-tiba sahaja tercetus pertengkaran di antara mereka berdua. A telah menghadiahkan B satu tamparan yang hinggap di pipinya. B berasa sangat sakit hati tetapi tidak bertindak balas. Tanpa berkata apa-apa, B menulis di atas pasir : Hari ini, sahabat baik ku telah menampar mukaku. Kemudian mereka menruskan perjalanan sehinggalah mereka menemui sebuah kawasan subur di padang pasir. Mereka mengambil kata sepakat untuk mandi di oasis tersebut sebelum meneruskan perjalanan yang masih jauh.

Dalam asyik membersihkan diri masing-masing, B nyaris tenggelam dan lemas tetapi berjaya diselamatkan oleh sahabatnya, A. Ketika B mulai sedar dari lemas dan hilang rasa takut, dia menulis di atas sebuah batu : Hari ini,sahabat baikku telah menyelamatkan nyawaku.

A bertanya: “kenapa setelah aku melukai hatimu,kau menulis di atas pasir. Dan sekarang,kenapa pula kau menulis di atas batu? Sambil tersenyum, B berkata : : “ketika seorang sahabat melukai kita,kita harus menulisnya di atas pasir agar angin maaf datang menghembus dan menghapuskn tulisan itu. Dan apabila sesuatu yang luar biasa terjadi,kita harus memahatnya di atas batu hati kita,agar tidak hilang ditiup sang bayu.”


Moral cerita, dalam khidupan seharian kita, sering terjadinya perbezaan pendapat dan konflik disebabkan oleh pandangan kita yang juga berbeza-beza. Oleh itu,cubalah untuk saling memaafkan dan melupakan perselisihan lalu. Belajarlah menulis di atas pasir.


Seperti jua kata para hukamak- “Lupakanlah kesilapan yang dilakukan oleh orang lain kpd kita,tetapi ingatlah kebaikan orang kepada kita,lupakanlah kebaikan yang kita lakukan kepada orang lain,tetapi ingatlah kesilapan dan keburukan yang kita lakukan kepada orang lain”….kerana hidup ini terlalu singkat untuk kita tidak melakukan kebaikan dan memaafkan kesilapan insan lain..kerana setiap makhluk akan kembali kepadaNya. Wallahualam.



Coretan Rasa : RM

Kenapa Aku Masih Solo?

Resah. Gelisah. Seraut wajah termenung jauh. "Orang lain semua dah kahwin, tinggal aku sorang sahaja". Sekeping hati bermonolog. Monolog itu di susuli tujahan prasangka.


"Aku tak cantik ke?"

"Aku kurang bergaya ke?"
 

"Ataupun pasal gaji aku tak seberapa?"
 

"Aku tak pandai meng'ayat' agaknya"



Mungkin itulah kerisauan yang memberat di minda muda mudi yang belum berpunya. Rasa rendah diri, stress dan gejolak rasa ingin memiliki membuatkan mereka merasa berusaha memenangi hati dan memiliki seseorang tanpa mengenal batas halal dan haram. Yang penting, DAPAT.

Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana CINTA. Pilu kerana walaupun mereka sudah merasa PERIT nya penangan CINTA DUSTA, mereka masih tak mampu mengarah diri mencariCINTA HAKIKI. Tak serik-serik lagi. Diri diperhamba menagih cinta sementara hingga sanggup berkonflik dengan Pencipta CINTA. Semua batasan-Nya diredah segala. Tak kenal DOSA pahala.


Oh REMAJA ! 

Cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah DOSA dan ZINA. Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun, percayalah rumah tangga itu tak kan berkat. Apa tidaknya, asasnya dibina daripada dosa dan maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang takwa yang utuh kecuali dinaik taraf dengan taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar dan hambar. Semuanya dah dirasa dan terbiasa, nak rasa nikmatnya apa lagi? Anak-anak menjadi mangsa. Terimalah ia sebagai hukuman didunia. Amat pedih. Namun, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri 'sana'.



Ku hembus nasihat ini kepadamu hai remaja tanda sayangku tak terhingga. Bagi para GADIS YANG BELUM BERPUNYA, andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan, yakinlah.



Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin bagi ketenangan dahulu buat anda terus melangkah menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala. DIA menguji anda sedikit masa lagi.



Begitu juga buat PEMUDA YANG BELM BERPUNYA'first thing first'. Utamakan yang lebih penting daripada yang penting. Kenali priority anda sekarang. Jika memang dah sampai saat nak memiliki, tabahlah dan terus berusaha. Ingat, pastikan waktu nak berusaha itu anda memang dah betul-betul mampu dan sedia.



Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkannya sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. Jangan putus asa. Rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan pernah ditolak. Usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya. Teruskan berusaha!

Ingat, usaha yang Allah redha sahaja. Bagaimana dengan SMS siang malam? Atau bergayut di telefon memanjang? Atau ajak keluar, belanja makan? Begitukah?


Berusaha menyediakan diri dan pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu, itu tip memikat wanita beriman. Sebaik-baiknya gunakan orang perantaraan untuk lebih menjaga warak dan iman.



Seringkali, seseorang mencuri kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam dan jurang sabar ditembuh. Namun, apabila dia memilikinya mendapati insan yang dikejar itu dedaun kering cuma.


Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tidak disalur dengan suluhan petunjuk Al-Quran dan Sunnah.


Beringatlah, urusan jodoh tak ke mana. Sudah sedia tercatat seungka nama di Loh Mahfuz untuk kita. Ianya urusan yang pasti. Apa yang tak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya. Wallahua'alam.




Coretan rasa : RM