Friday, 14 October 2011

Ramai Wanita Bertanya Dan Seorang Lelaki Menjawab




Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.
  1. “Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”
  2. “Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”
  3. “Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”
  4. “Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”
  5. “Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”
  6. “Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”
  7. “Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.
Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”
Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada diolah untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.
  1. “Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut? Jangankan saya, tapi tok imam akan tercabut serbannya jika tengok awak hanya pakai seluar pendek!”
  2. “Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun di sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”
  3. “Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalo isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”
  4. “Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan, malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua!”
  5. “Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”
  6. “Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”
  7. “Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”
    “Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”
    Lantas, wanita-wanita tadi menangis dan berkata;
    “MasyaAllah, demikian sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”
Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman. Ingat firmanNya, bahawa mereka tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan itu.
Sebagai Zat yang Maha Pencipta, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.
Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.
Adalah sabda Rasulullah s.a.w bahawa ketika lelaki memiliki dua atau lebih anak perempuan, mampu menjaga dan menjadikannya muslimah yang baik, maka syurga adalah jaminannya.
Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti!
sumber: Syahirul.com

Kisah Benar: Dalam Lindungan Kaabah



"Abang! Ini adalah takdir Allah. Kita terima dengan penuh redha." Ujar si isteri kepada suami sambil meriba anak cacat yang baru dilahirkan itu.
"Ahhh!! Begitu mudah kau kata takdir. Ini adalah akibat dirimu yang sial, maka lahirlah anak yang cacat ini...!" jawab suami menafikan kata-kata isterinya.
Si suami terus marah-marah menyalahkan isterinya. Kelahiran anak cacat yang tidak diingini itu kononnya berpunca daripada si isteri, isteri yang membawa sial. Isteri bawa malu kepada suami dan seluruh keluarganya.
"Keturunan abang baik-baik belaka. Tidak ada yang cacat seperti anak kau ini," berleter si suami dengan bibir mencebik menghina isteri. Isteri terdiam kaku. Dia tidak mahu bersuara lagi. Dia hanya terus menangis dan terus menangis. Itulah bermulanya detik kepahitan hidup yang dirasai oleh seorang ibu muda. Mimpi indah selama ini telah padam dan diganti dengan kepahitan. Derita dan susah. Dirinya dihina dan dicemuh oleh suami sendiri.
Bayi yang masih merah disisinya itu belum tahu erti penderitaan dalam hidup. Ibunya tidak mahu menyoal kenapa anaknya dilahirkan cacat. Cacat yang belum pernah dialami oleh anak-anak lain di kampungnya. Cacat kurang jari pernah berlaku. Bibir sumbing pernah terjadi.
"Tapi, anakku cacat. Tiada kaki, tiada tangan," bisik si ibu di dalam hati. Hatinya sebak dan dia menangis lagi, sedih dan pilu.
"Tak apalah suami ku menghina, jiran-jiran pun turut menghina aku," bisik hati si ibu dengan sedih dan terus menangis.
"Ya Allah! Berilah kesabaran kepadaku..." Dia berdoa sambil menadah tangan.
Si ibu menarik nafas panjang. Alhamdulillah lega sedikit. Sebahagian ruang rumahnya mulai disinari cahaya matahari pagi. Kini dia hanya bersama dengan bayinya. Suaminya telah keluar entah ke mana. Wajah bayi yang comel itu ditatapnya dengan penuh kasih sayang. Bayi itu diberi nama Hasan.
"Hasan, anak ku sayang! Ibu tetap sayang padamu. Kelahiranmu atas kehendak Allah. Kau ditakdirkan Allah jadi begini. Allah Maha Kaya, nak," bisik hati si ibu dengan tenang, penuh redha atas ketentuan Ilahi.
"Ya Allah, Kau takdirkan anak ku cacat begini. Aku yakin Engkau jugalah yang akan melimpahkan rahmat dan berkat pada dirinya," bisik hati si ibu lagi menaruh harapan penuh pada Tuhan Yang Maha Kaya.
Si anak semakin membesar. Kini dia telah berusia dua tahun. Si bapa telah lari entah ke mana. Si ibulah yang tetap membelanya dengan penuh kasih sayang. Apabila ke pasar, bayi itu dimasukkan di dalam periuk. Periuk itu dibimbit kesana-kemari. Ada orang yang bersimpati dan memberi wang, tetapi ramai yang terus mencemuh dan menghina. Ketika si anak masuk usianya lima belas tahun, penderitaan si ibu semakin bertambah berat. Ramai orang, terutama wanita-wanita terus menghina dan mencemuhnya. Akhirnya dia berpakat dengan anaknya untuk meninggalkan kampung halaman.
"Hasan, Ibu ada cadangan," ujar si ibu kepada anaknya pada suatu pagi. "Cadangan apa ibu?" tanya Hasan. "Kita jual harta pusaka peninggalan atuk dan kita pergi ke Tanah Suci Makkah. Kalau boleh kita terus tinggal di sana," ujar si ibu kepada Hasan.
"Elok cadangan ibu tu. Di sana kita boleh ibadah banyak-banyak. Bumi Allah ini luas bu..." anak yang lincah dan cerdik itu beri persetujuan.
Alhamdulillah, akhirnya hajat dua beranak itu dimakbulkan Allah. Setelah memohon maaf kepada sanak-saudara, maka keduanya pun berangkat ke Tanah Suci Makkah. Meninggalkan kampung halaman yang terletak di salah sebuah wilayah kawasan Melayu di Selatan Thailand. Peristiwa ini berlaku sekitar tahun 50-an.
Bumi Makkah kini telah meriah. Tidak seperti mula-mula dahulu, ketika diteroka oleh keluarga Nabi Allah Ibrahim A.S. Waktu itu sunyi sepi. Tiada manusia yang tinggal disana, tiada air dan tiada tumbuh-tumbuhan. Berkat ketakwaan Siti Hajar dan berkat doa Nabi Ibrahim A.S. kini Makkah menjadi sebuah bandar yang makmur. Ramai penghuninya yang datang dari seluruh pelusuk dunia. Dan, disana ramai orang-orang yang datang dari tanah Jawi. Maksudnya dari kawasan Tenggara Asia termasuk dari selatan Thailand. Si ibu bersama anaknya yang baru datang itu telah disambut dan diterima dengan baik oleh orang-orang Makkah, khususnya yang berasal dari selatan Thailand yang banyak menetap disana.
"Jangan susah-susah, kak. Tinggallah di rumah kami. Anggaplah kami ini seperti keluarga kakak. Kita sama-sama merantau, mengharap Rahmat di bumi Makkah," ujar seorang yang berasal dari Yala yang baik hati.
Kedua beranak itu pun tinggal di rumah tersebut. Si ibu membantu kerja-kerja rumah. Anak yang cacat tetapi pandai membaca al-Quran itu mengajar mengaji kepada anak tuan rumah dan anak-anak jirannya. Alhamdulillah, kehidupan mereka berdua benar-benar berubah. Hilang segala penderitaan dan kesusahan bertukar aman tenteram. Rezeki datang tidak putus-putus.
Pada suatu hari, ketika waktu solat, si ibu ke masjid bersama anaknya. Anaknya itu didudukkan di atas kerusi roda. Tiba di masjid, anaknya itu ditinggalkan di serambi masjid. Si ibu masuk ke kawasan kaum wanita di dalam masjid. Di Makkah boleh dikatakan sudah menjadi satu budaya iaitu sesiapa yang kelihatan dhaif, lebih-lebih lagi cacat maka amat mudahlah menerima sedekah daripada para dermawan. Bersedekah amat digalakkan dalam Islam terutama kepada yang susah, tetapi umat Islam dilarang daripada menerima sedakah kecuali jika miskin, cacat dan tak mampu untuk bekerja.
Hasan secara terpaksa untuk menerima sedekah orang ramai yang mencurah-curah sebelum dan selepas orang ramai menunaikan solat. Kehidupan dua beranak itu agak lega. Bagaimanapun Hasan tidak lupa kaum keluarganya yang susuh di kampung. Dia selalu mengirimkan wang dan hadiah kepada mereka menerusi jemaah haji yang datang dari kampungnya.
Pada suatu hari, salah seorang Raja Saudi berkunjung ke Masjidil Haram. Baginda telah bertemu dengan Hasan. Hasan telah disoal dengan panjang lebar. Dari mana asal datangnya, dengan siapa dia tinggal di Makkah dan lain-lain lagi.
"Mulai dari hari ini, kamu jangan minta sedekah lagi. Beta akui kamu sebagai rakyat Saudi. Kamu akan diberi sara hidup bulanan. Kamu juga dianugerahkan sebuah rumah," titah Raja itu kepada Hasan.
Betapa gembiranya Hasan pada masa itu, kerana terlalu gembira hinggakan dia menitiskan air matanya membasahi pipinya.
"Alhamdulillah syukur...! Terima kasih tuanku, Terima kasih tuanku, Terima kasih tuanku," ujur Hasan beberapa kali dengan rasa kegembiraan yang tidak terhingga.
Apabila si ibu mengetahui akan hal itu, betapa gembiranya si ibu. "Inilah berkat dan rahmat limpahan Allah kerana kita bernaung dibawah lindungan Kaabah-Nya, wahai anakku," ujur si ibu dengan menitiskan air mata gembira sambil memeluk dan mengucup dahi anaknya.
Beberapa tahun kemudian usia Hasan telah pun meningkat kepada dua puluh lima tahun. Walaupun dia kudung kedua-dua belah tangan dan kakinya, namun badannya dalam keadaan sihat, dan sebagai insan biasa dia juga memiliki naluri sebagai manusia yang lain.
"Aku sihat, wang saraan hidup aku setiap bulan sangat lumayan, lebih dari cukup untuk keperluan diriku dan ibuku, malah rasanya aku mampu untuk menyara isteri dan anak-anakku yang bakal lahir," bisik hati Hasan. "Tetapi aku cacat.... siapa yang sudi menjadi isteriku?" Hasan bersedih mengenangkan nasib dirinya. Kesedihan itu berlarutan beberapa hari sejak kebelangan ini dan hal ini diketahui oleh ibunya.
"Kenapa kau sedih Hasan? Apa yang kurang untukmu. Wang ada, makanan cukup, rumah tempat kediaman pun ada," tanya si ibu kepada Hasan, anak kesayangannya. "Kau beritahulah kepada ibu, Hasan. Apa masalahmu?"
Hasan tak menjawab dan hanay mendiamkan diri. Si ibu yang tajam pemikiran itu akhirnya dapat mengagak kenapa anaknya bersedih. "Hasan, kau ingin mencari jodoh?", tanya si ibu.
"Siapalah orangnya yang sudi menjadi isteri saya, ibu? Saya cacat," jawab Hasan.
"Hasan, kalau sungguh kau ingin beristeri, jangan susah hati. Ibu akan berdoa kepada Allah dan kau pun berdoa juga. Allah Maha Kaya, Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Hasan," nasihat si ibu dengan suara yang lunak.
Hasil perbincangan kedua beranak itu maka akhirnya dihantar seorang utusan ke kampung halaman mereka di selatan Thailand dengan membawa sekeping gambar wajah Hasan yang memang lawa itu. Orang itu diamanahkan untuk mencari jodoh wanita solehah dan berbudi bahasa. Dia diwakilkan menerima akad bagi pihak dari Hasan.
Alhamdulillah, dengan pertolongan Allah, jodoh ditemui dan akhirnya diijab-qabulkan. Beberapa hari kemudian, wanita itu dibawa ke Makkah dan dipertemukan dengan pasangannya yang sedang menunggu di sana. Wanita itu diperkenalkan dengan suami dan ibu mertuanya. Aduh... alangkah terperanjatnya wanita itu apabila terpandang suaminya yang cacat. Dia terperanjat besar. Dia sama sekali tidak menyangka suaminya cacat sedemikian rupa. Wanita itu jatuh pengsan. Hasan pun bersedih mengenangkan nasib dirinya. Isteri yang baru ditemui nampaknya enggan menerima Hasan sebagai suaminya.
Melihat keadaan demikian, si ibu yang solehah itu segera mengambil wuduk lalu pergi ke Masjidil Haram lalu mendirikan solat dua raka'at, kemudian berdoa kepada Allah semoga wanita tadi sembuh dari pengsannya.
"Ya Allah, sembuhkanlah menantuku, isteri kepada anak kesayanganku. Limpahkan perasaan kasih dan sayang dihatinya terhadap anakku, dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani," doa si ibu dengan sungguh-sungguh di depan Kaabah.
Si ibu pun lalu mengambil air Zamzam untuk diberi minum kepada menantunya di rumah. Sesampainya dia rumah, Alhamdulillah, si ibu mendapati menantunya sudah sedar. Dia sudah mula mengorak senyum. Sedih berganti kegembiraan. Dia bangun memeluk ibu mertuanya dengan erat sambil berkata. "Maafkan saya, ibu. Maafkan saya, ibu."
Kemudian dia mendekati suaminya sambil berkata "Maafkan saya, bang. Maafkan saya, bang," sambil mencium dahi Hasan, suaminya. Hasan menitis air mata kegembiraan. Dia bersyukur kepada Allah S.W.T. Nampaknya si isteri sudah menerima dirinya sebagai suaminya.
Ya, berkat doa ibunya maka Allah telah meletakkan di hati wanita itu perasaan cinta, kasih dan sayang kepada suaminya yang cacat. Mungkin dia berkata di dalam hatinya, "Kalau aku tidak mahu menjadi isterinya, siapakah wanita lain yang sudi menerimanya sebagai suami."
Hasil perkahwinan mereka itu telah dikurniakan lapan orang anak. Hasan sekeluarga tinggal di sebuah perkampungan kira-kira empat kilometer dari Masjidil Haram. Mereka tinggal di sebuah rumah dua tingkat yang selesa. Hasan hidup bahagia, mendapat limpahan rahmat dan keberkatan Ilahi. Hasan mempunyai sumber pendapatan tetap sara hidup yang lumayan. Dia juga memiliki sebuah kereta siap dengan pemandunya serta pembantu rumah.
Kali terakhir penulis kisah benar ini bertemu dengan salah seorang anak Hasan ialah pada tahun 1998. Penulis tidak dapat bertemu dengan Hasan pada ketika itu kerana Hasan berkebetulan ke Madinah.
Sungguh Allah Maha Kaya, Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia yang mencipta hamba-Nya dan Dialah yang memberi nikmat kesenangan kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Biarpun cacat, kudung kedua tangan serta kakinya, namun Hasan tetap berjiwa takwa. Orang yang bertakwa dikasihi Allah S.W.T.
Allah melimpahi rezeki yang tidak putus-putus dan segala masalah mendapat penyelesaian sebaik-baiknya. Hasan sungguh bahagia, lebih-lebih lagi apabila dia mendapat kasih sayang ibunya dan selalu didoakannya dengan doa-doa kebaikan, tambahan pula segala doa-doa itu dipanjatkan didepan Kaabah.

Sunday, 1 May 2011

Kepadamu Wanita..Agar Dirimu Bahagia..



Kepada setiap muslimah yang rela Allah swt sebagai 
Rabbnya, Islam sebagai agamanya dan Muhammad 
sebagai Rasulnya.

Kepada setiap pendidik yang berjihad di jalan Allah dengan 
untaian kalimahnya, menjaga norma-normanya dan 
menyucikan jiwanya.

Kepada wanita yang bimbang dan bersedih, berbahagialah 
dengan dekatnya kemudahan, datangnya pertolongan 
Allah swt serta janji pahala yang besar dan terhapus 
segala dosa.

Tidak ada kecantikan bagi seorang wanita, tiada pula 
keindahan, harga diri dan kedudukan kecuali beriman 
kepada Allah swt. Apabila dirinya tegak di atas jalan ini, 
maka dia lah wanita yang mendapat petunjuk, diterima 
amalnya dan menjadi wanita pilihan disisi Rabb-Nya.

Namun, jika dia melepaskan jalan kebenaran tersebut, kafir terhadap Tuhannya, 
mengingkari agamanya dan melepaskan tuntutan-Nya, maka dia lah cermin 
kepada wanita yang murahan, hina dan terbuang.Pada saat itulah sinar 
kecantikan seorang wanita mula menghilang, walau berkalung gugusan
 bintang di langit, meskipun bermahkota bintang gemini dan matahari
 terbit di keningnya.

Wahai wanita muslimah yang jujur, wahai wanita mu’minah yang selalu 
kembali kepada Allah....

Jadikanlah dirimu itu seperti sepohon kurma. Jauh dari keburukan, menjulang
 tinggi menghindar dari sifat mengangau. Dilempar dengan batu dia menjatuhkan
 buahnya, tetap hijau pada musim panas mahupun dingin dan memberikan 
manfaat kepada sekalian manusia.

Jadilah engkau orang yang menjauhi perkara-perkara yang rendah, keperibadianmu
 terjaga dari segala pola hidup yang menipu rasa malu. Ucapanmu adalah 
zikir, pandanganmu melahirkan ibrah (pengajaran), diammu adalah berfikir.

Saat itulah engkau mendapatkan ketenangan dan akan diterima oleh penduduk bumi. 
Tercurah segala pujian yang baik-baik, doa yang jujur dari semua makhluk, dan 
Allah swt akan menjauhkanmu dari awan kesempitan, bayang-bayang ketakutan,
dan gumpalan kekeruhan.

Tidurlah berbantalkan curahan doa orang-orang mu’min, lalu bangunlah untuk 
meraih pujian yang ditujukan kepadamu. Saat itulah engkau mula menyedari 
bahawa kebahagiaan bukan terdapat pada simpanan harta, kad kredit dan 
kereta, rumah yang bagaikan istana, mahupun pada kasih nya seorang 
manusia, namun pada ketaatan terhadap Zat Yang Maha Terpuji. Kedamaian
 hidup bukan pada hiasan keduniaan, bukan pula mengabdi kepada hamba,
 namun kepada kepatuhan terhadap Zat Yang Maha Mulia.

Pesanku, jadilah seorang wanita yang bermaruah, yang punya kedudukan
 tinggi di sisi Tuhannya. Di mana namanya sentiasa disebut-sebut dalam 
kalangan para malaikat, dan yang berjaya memperoleh cinta yang Teragung, 
iaitu cintanya Ya Rabb lantas menjadi wanita yang paling bahagia di dunia.

_Semoga Diriku & Dirimu, menjadi Wanita Paling Bahagia 
di sini dan di sana kelak_
Coretan Rasa : RM

:::Tudung:::


Sekadar Gambar hiasan



UMMI  ingiN bercaKap PasaL tuDung. tuduNg bermacaM jenIs tuduNg, tuDunG maNa Yang KiTa suKa..? ( Khas untuK peremPuan sahaJa!)

JiKa diaNaLisis dengan PandaNgan maTa kasar, UMMI beranGGaPan pereMpuan seKarang saNgat suKa memaKai tuDunG yang JaraNg, kemungKinan ‘Panas’, JiKa tuduNg JaranG boLeh masuK angin, maKa kurangLah sediKit kepanasaN tersebut.

Then, PereMpuan sekarang juGak suKa pakaI tudung Yang Lilit-LiLit-LiliT, maKsudnya baNyaK kali liLit, HaL ini MungKin keraNa siFat pereMpuan YanG saNgaT berseNi, maKa LiLitan itu adaLah Tanda keseniaN.(*_*)



Sekadar Gambar hiasan

adA Lagi seJenis PereMPuan, SuKa PakaI tuDunG YanG sinGKat, aTas DaDa & AtaS BaHU.. ini kemungKinan ImPaK daRi LiLiTaN Yang keterLalUan tadi, aTauPun memaNg tuDung Yang diBeLi itu singKaT, aTaupun Juga dia memanG suKa seleMPanG tuduNg, suPaYa naMPak leBih Cun! .. T___T

selain itU, aDa PulaK tuDung Yang memaNg saNgat simple, saRung atas kePaLa sahaJa. LeheR terdedaH TanPa diTuTuP. adaKaH PereKa tudunG tu Tak ngaJi BaB auRat??? T_____T

aDA Lagi.. haNya memaKai seLendaNg. SangKut seleNdaNg paDa kePaLa, ‘JamboL’ Kuar KaT dePan.. BiasaNya PakaIan Mak daTin Lah macaM niH. T_T

naK diringKasKan, sekaraNg ni memanG terLaLu baNyak ‘TuduNG GLamoUr’.

BuKanKah IsLam itu teLah menggarisKan caRa berPakaian Yang seBaik-BaikNya untuK pereMpUan..?

“Dan hendaklah kamu tetap di rumah kamu, dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang jahiliah.”
[ Al-Ahzab :33]

“Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” [ An-Nur :31].

“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. { al-AhZaB:59}



Ya.. dengan beberaPa daLiL itu, kiTa sudaH mengetahuI akaN ‘undanG-UndanG’ pemaKaian tudunG yang diGarisKan oleH ALLaH. Namun, amaT menyedihKan seMakiN tidaK diendaHkan MutaKhir ini.
Sekadar gambar hiasan


ALLaH menyUruH kiTa menuTup seBaiK-BaiKnya pasti ada seBaB daN hiKmahnya, Dia Maha MengeTahui Apa YanG terbaiK buaT kiTa.

SeMua PereMPuan ‘TaHU’ PasaL ini, SemUa beLajaR pendidiKan IsLam.. ada beLajar BaB auRat BuKan? Jadi, SiLa amaLKaN iLmu YanG kiTa ada. ini Baru berCaKaP bab TuduNg, BelUm bab BaJU, seLuaR, daN sToKing Lagi.. KaLo bicaRa HaL aURat memanG amaT panJanG PerbicaRaanNya.


Ia berdasarkan sabda Nabi SAW 
من سن في الإسلام سنة سيئة فعليه وزرها ووزر من عمل بها من غير أن ينقص شيئاً 
Ertinya : Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.."
( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sahih )

JanGanLah Kita terGoloNg daLam goloNgan orang Yang menglaMourKan tuDunG ‘peLik-PeLik’, daN meLanggaR huKum IsLam. JiKa oranG lain terIkut-iKut dengaN keburuKan terseBut, saHam ‘dosa’ teTap adA buaT kiTa. Jadi, JauhiLah perKaRa-PerKaRa Yang menyeBabKan kiTa mendaPat ‘dosA’.. seboLeh-beloHnya berusahaLah untuK menaMbahKan PahaLa dengan mengerJakan seGaLa perinTah ALLaH dan menJauHi LaraNgan-Nya.(“,)

aLangKah baikNya jiKa seoraNg ‘Gadis’ itu mengenaKan tudung yang ‘Labuh’, menutuPi ‘KeCantiKan’ yang sepatutNya hanya diLihat oleH ‘Mata’ YanG berHaK saHaja. ‘LabuH’ disiNi tiDakLah semesTiNya tuDung BuLaT, panJang saMpai LutuT. IsLam itu MudaH, tidaK menyusaHKan. PakaiLah tudunG Yang menutuP dada.. menutuP leHer..semBunyiKan ‘JambUL’.. JanGanLah berPakaIan seperTi oranG-orang JahiL, IsLam ada ‘ImeJ’ yang MuLia, IsLam memuLiaKan pereMpuan..IsLam menJaGa pereMpuan.. taPi mengaPa ‘menJauhi’ IsLam..? adaKah tidaK ingin TerJaGa daN terPeliHara..? TePuk dada, TanyaLah iMan...

Lagi saTu, Pakai tudunG laBuh, tudung besaR, Bukan kHas untuK usTazaH-UstazaH sahaJa. TaPi ‘suruHan’ ALLaH suPaya waniTa meLabuhKan tudunG adaLah kepada seMua waniTa Yang beriMan.

didiKLah diri untuK ‘memaKai tuduNg secaRa isLamik’. JanGan menjadi sepertI orang muNafiK. sebaGai seoraNg waNiTa isLam, kiTa perLu ada pendiriaN, ada pegangan.. JanGan muDah terpengaruh dengan fesyen-fesyen akhir zamaN ini. tidaK saLah berfesyen..taPi harus diTapis fesyen-fesyen tersebuT dengaN TapisaN berLandasKan syariaT Islam. JanGaN Jadi ‘MaK tuRut’ saHaJa..

ALLaH KurniaKan akaL..SePatutNya kiTa guNakaN untUk berFiKir deNgan seBaikNya (“,) beraNiLah untuK beruBah keraNa ALLaH..

cUBA dUlu, (naK DApat yaNG soleh Kan? Maka, solehahkanlah diri anak-anak dulu) Ummi doakan semoga bahagia Di dUNIA dan AKhirat... (^_^)

WaLLaHu a’Lam



nASIhat UMMI- untuk anak-anak gadis yang diciptakan CANTIK sejak azalinya...

Selamat Bercuti, Semoga Selamat Pulang Ke Kampung Halaman & Jumpa Lagi

Kalam Latihan Pembangunan Sahsiah mengucapkan SELAMAT BERCUTI kepada semua warga UPSI, semoga percutian anda pada kali ini memberi seribu satu makna dan kenangan yang bermakna dalam kehidupan sebelum bergelar PENDIDIK yang sebenar.

Kepada MAHASISWA & MAHASISWI yang menjalankan kewajipan di medan persekolah untuk menyelesaikan PRAKTIKUM,  semoga sentiasa sabar dan redha dalam melalui duani persekolahan yang sebenar. Kutiplah mutiara-mutiara ilmu yang ada untuk di jadikan kalung yang berharga pada masa hadapan kelak apabila anda bergelar GURU.

 HADIAH DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA


Selamat bercuti kepada semua... mungkin ada sudah yang balik atau sedang berada di atas awan... manfaatkan cuti anda. Redha Allah itu sentiasa dicari. Kepada yang akan ber Latihan Mengajar, selamat berLM dan jadilah guru yang benar. Moga diberkati Allah semuanya. Ameen... =) 

post ku yg terakhir... jumpa lg lps 4 bulan.. insya ALLAH..
Malam ni bertolak balik kelantan, kepada sahabat-sahabat aq mohon maaf jika ada tersalah kata, tersilap bicara..insyaAllah andai ada umur, bulan 9 jumpa lagi..mohon doa dari kalian agar perjalanan malam ni selamat sampai...selamat bercuti buat semua...Assalamualaikum..

sahabat2 yang disayangi...saya pasti merindui kalian...ampun dan maaf atas segala kelemahan dan kekurangan....

Satu persatu sahabat pulang ke pangkuan keluarga.. Ada yg sempat jumpa ada yg x... Apa2 sy mhn maaf pd yg m'genali diri ini.. Andaikata suatu masa aku tiada lagi di dunia ni, sedekahkanlah al-fatihah bila teringat namaku =(

Alhamdulillah..selesai sudah untuk semester 4..
~SELAMAT BERCUTI KAWAN-KAWAN~

Menanti detik keberangkatan pulang meninggalkan bumi Tanjung Malim untuk mendarat di Bumi Serambi Mekah.....Rindunya.....:) tak sabar nak balik.......huhuhu
***owh Tanjung Malim, jumpa lagi 11 september nanti.....:)

Mahasiswa Pendidik mengucapkan selamat bercuti panjang kepada semua Mahasiswa/wi UPSI dan juga yang berada di kampus2x lain. Terima kasih diucapkan kepada mereka yang terus bersama dengan MP berdiri teguh bersuara memperjuangkan kebajikan dan hak Mahasiswa. Jutaan kemaafan dipinta andaikata terdapat kata2 atau post2 yang kurang sesuai di wall KSMP. Insya Allah, jika diberi umur yang panjang, kita bersua lagi di semester hadapan. Teruskan Bersama Mahasiswa Pendidik.. 

Inilah sebahagian kata-kata siswa/i UPSI, hadiah khas kepada pengunjung Kalam Latihan Pembangunan Sahsiah pada sesi kali ini. Semoga dipanjangkan usia, agar dapat dikekalkan ukhwah yang terbina... Salam Permisi....


Coretan Rasa : RM

Dimanakah Kekuatan Manusia?

KEKUATAN MANUSIA PADA AL-QURAN
Dr. Tariq al-Swaidan dalam penelitiannya mendapati beberapa perkara yang disebut dalam al-Quran mempunyai persamaan dengan lawannya.
  • Perkataan lelaki disebut sebanyak 24 kali dalam surah-surah tertentu. Disebut juga sebanyak 24 kali perkataan wanita dalam keseluruhan al-Quran.
Seterusnya dalam penelitian beliau, perkara lain juga didapati berjumlah yang sama.
  • Perkataan Dunia disebut sebanyak 115 kali dan Akhirat juga 115 kali;
  • perkataan Malaikat 88 kali manakala Syaitan juga 88 kali;
  • Hidup 145 kali manakala Mati 145 kali;
  • Zakat 32 kali, Barakah juga 32; 
  • Berfikir 49, Nur 49, 
  • Penderitaan 114, "Kesabaran" juga 114 kali.
 Apakah semua ini kebetulan?
Lebih menakjubkan perkataan 
  • solat muncul sebanyak lima kali, 
  • hari bulan sebanyak 12 kali 
  • dan hari terdapat sebanyak 365 kali.   
Penemuan ini telah disebarkan melalui internet secara meluas untuk dikongsi manfaatnya oleh seluruh manusia.

Orang yang mempunyai akal yang sihat akan mengatakan, 
Tidak mungkin suatu itu berlaku secara kebetulan bahkan ada perancangan yang jitu daripada yang menjadikan alam ini. Akal yang tajam akan mengakui kewujudan Tuhan yang Maha Berkuasa dalam menetapkan semua itu.

dan Tidak mungkin Rasulullah s.a.w. melakukan sendiri tanpa bimbingan penuh atau wahyu yang diturunkan. Sememangnya semua perkara itu berada dalam perancangan dan pengetahuan Allah. Dia menurunkannya kepada manusia pilihan-Nya.
Di sinilah kekurangan kita, banyak membaca al-Quran tanpa mengetahui maknanya.Kalaupun kita mengetahui maknanya tetapi tidak mengetahui tafsirannya. Tetapi kalau kita mengetahui tafsirannya, kita tidak mengetahui rahsianya.
Rahsia al-Quran keseluruhannya sudah tentu hanya ada di sisi Allah S.W.T. Namun manusia perlu terus berusaha memahami rahsia-rahsia ini setakat yang terdaya. Sebenarnya nilai iman dapat ditingkatkan jika rahsia demi rahsia itu dapat diungkai selari dengan bertambahnya usia manusia. Bukan sahaja nilai iman mereka yang beragama Islam, malah mereka yang ingkar selama ini, tidak mustahil akan menerima nur hidayah.
Allah berfirman, Wahai manusia, sungguhnya telah datang kepadamu bukti kebenaran dari Tuhan-mu (Nabi Muhammad dan mukjizatnya); dan Kami telah menurunkan kepadamu satu cahaya (al-Quran) yang terang benderang." (An-Nisaa, 174)
Pada suatu masa Rasulullah s.a.w. ditanya, "Apakah Nur itu?"
Baginda menjawab, Apabila Nur itu memasuki hati maka lega dan lapanglah hati itu."
Kemudian ditanya lagi,  Bagaimanakah tandanya?
Sabda baginda, 
Hati itu tidak lupakan tempat kembalinya ke Darul Khuld (negeri Akhirat yang kekal). Dia tidaklah bermasyghul (sibukkan) dengan keduniaan kerana dunia ini merupakan tempat perayaan (dan percubaan).
Hati itu selalu mengingati kematian sebelum tibanya kematian itu."

Abdullah bin Masud berkata, Ilmu itu diperoleh bukanlah kerana semata-mata banyak riwayat (sumber biasa), tetapi diperoleh dengan nur yang dicampakkan oleh Allah ke dalam hati seseorang."

Sudah tentu untuk mendapat nur itu, hati perlu didekatkan selalu kepada Tuhan al Quran merupaka penghubungnya.
Dizaman keagungan Islam dahulu para bijak pandai dari Greek pergi belajar ke Baghdad, banyak ilmu telah diterjemahkan kedalam Bahasa Latin. Pada zaman selepas kegemilngan Islam, para cendiakawan dari Eropah telah mempelajari ilmu dari Greek dan dibawa pulang ke Eropah dengan katanya ilmu itu diterjemah dari Bahasa Latin.
Oleh itu wahai penghuni global ketahuilah oleh kamu bahawa segala ilmu yang ada didunia ini adalah berasal dari al-Quran.

sekali lagi ditekankan.
Kekurangan kita ialah banyak membaca al-Quran tanpa mengetahuai maknanya. Kelemahan kita ialah mengetahui maknanya tetapi tidak mengetahui tafsirannya. Kelemahan kita yang bertimpa-timpa ialah mengetahuai tafsirannya tetapi tidak mengetahui rahsianya. Kelemahan kita yang tertinggi ialah mengetahui rahsianya tetapi tidak mempercayainya. Kelemahan kita yang lebih tinggi ialah tidak mempercayainya lalu meninggalkannya.