Thursday 28 April 2011

Dilema Masyarakat Malaysia: Apa yang kita baca?


“Iqra’: Bacalah!”, satu konotasi yang cukup penting yang telah dipupuk dalam diri kita sedari kecil lagi. Arahan jelas dari Allah SWT yang member maksud yang cukup langsung: bacalah, kerana hanya membaca dapat menerangi hidup kita.

Namun, dalam kalangan masyarakat di Malaysia, sejauh mana kita tahap bacaan kita? Persoalan ini berlainan dengan banyak mana kita mambaca, kerana isu kekerapan membaca dalam kalangan kita sudah terbukti antara yang paling rendah di dunia. Rakyat kita bukanlah rakyat yang membudayakan amalan membaca. Kita lebih senang untuk khayal dalam dunia hiburan berbentuk muzik dan tontonan, serta pesona hita putih internet. Bukan sedikit yang dengan bangga menulis di profile masing-masing di internet: “I hate books!”,” tak main lah baca buku..” dan sebagainya.. Mengupas kekurangan minat  masyarakat terhadap amalan membaca sudah terlalu kerap, dan tidak berkehabisan. Isu nya disini, apa bahan bacaan kita?
Berapa ramai antara kita yang gemar membaca Mangga, URTV, Hai, Remaja, Sensasi, Harian Metro, dan sebagainya? Bukanlah salah bagi kita untuk membaca bagi mengikuti perkembangan semasa, namun sedarkah anda, sesetengah judul bacaan yang disenaraikan di atas ini kadang-kadang tidak lebih dari sekadar bahan murahan yang mengeksploitasi nafsu duniawi manusia.

Lihat sahaja gambar-gambar, tajuk-tajuk besar yang dipaparkan di kulit hadapan majalah seperti Mangga, tidak lebih dari sekadar menggamit nafsu, bukan akal untuk dijadikan bahan bacaan. Halwa mata dipenuhi dengan menatap foto-foto artis dalam keadaan “berbogel”. Malah, isu terbaharu majalah Mangga yang sempat penulis tatap baru-baru ini di took buku begitu mengejutkan sekali! Gambar-gambar dan liputan mengenai aktiviti golongan pondan sudah mula menghiasi dan menjadi tajuk artikel untuk dijual. Walaupun aktiviti yang diserta golongan ini adalah aktiviti yang dianjur oleh JAKIM, adalah mengejutkan apabila wartawan yang membuat liputan terhadap berita ini bukan menulis dengan tujuan menimbulkan keinsafan, sebaliknya lebih suka menonjolkan lagak glamour golongan pondan ini berposing sakan disekitar masjid.

Adakah ini tahap bacaan yang seringkali disaji kepada khalayak pembaca Malaysia yang memang sudah sekian sedikit? Majalah-majalah dan tabloid-tabloid yang tidak putus-putus menjual dan menjaja kisah-kisah panas berhiaskan foto-foto lucah semakin membanjiri pasaran. Jika ini keadaan yang dihadapai oleh kita di Malaysia, adalah lebih baik amalan membaca tidak dipromosikan, agar tidak tercemar minda dan fikiran masyarakat. Mungkin ada pihak yang berkata, tidak perlu layan bahan-bahan sebegini, namun sedarlah, nafsu manusia adalah ciptaan Allah yang cukup degil. Semakin banyak kita dihidangkan dengan bahan-bahan ini, semakin rosaklah tahap pemikiran kita.

Oleh yang demikian, ternyatalah, kita harus persoalkan semula pada khalayak masyarakat, dan mengembalikan kesedaran kepada mereka: adakah ini tahap bacaan kita?  

INI?

metro2.jpg

urtv2.jpg

manggameieira.jpg

ATAU INI?




PILIHLAH BACAAN YANG BENAR-BENAR BERFAEDAH.....

0 Pandangan:

Post a Comment