Thursday 28 April 2011

Disebalik Perasaan Marah, Cuba Maafkan...

Kisah ini adalah dari sebuah buku yang ana baca, tajuk buku "Mencari Makna Kehidupan". sangat best buku ni sebab banyak berkaitan dengan kehidupan yang sering kita alami.

Kisah-kisah yang terkandung dalam buku ini banyak membuka minda untuk ana berfikir, banyak kesilapan rupanya yang telah dilakukan, Insan...begitulah  insan yang kadang kala merasa apa yang dilakukannya adalah betul dan tepat.

Ana tertarik dengan beberapa kisah daripada buku tersebut. Tentu sahaja ada kaitan dengan tajuk diatas 'Disebalik Perasaan Marah". 
Kisahnya begini....
Seorang pemuda bersama dengan ayahnya.. 
Pada suatu petang pemuda tersebut mengalami ganguan emosi dan sering marah, lalu ayahnya mendekatinya dan cuba memberi cadangan kepada anaknya..

"Mari anak ku, ayah bawa kamu kesatu tempat untuk kamu lepaskan marah itu"


Anak tersebut pun tanpa banyak soal, mengikuti ayahnya ke kandang kuda.

"Wahai anak ku, apabila kamu marah kamu ambil paku dan ketuklah papan ini, hingga kamu berasa puas" begitulah pesan si ayah kepada anaknya.

Pemuda itu pun, melaksanakan apa yang ayahnya cadangkan, oleh itu apabila pemuda tersebut berasa marah lalu dia mengambil paku dan ketuk paku tersebut sekuat mungkin.

Tiba pada satu petang, seperti biasa pemuda tersebut berkongsi rasa dan dia memberitahu yang di sudah rasa lega. Ayah dia pun memberi cadangan yang lain pula, sebelum tu ayah dia lihat dahulu paku-paku yang dah melekat dekat kandang kuda tersebut.. 
dan paku-paku itu hampir memenuhi pagar!

"Sekarang, sekiranya kamu menahan rasa marah dan memaafkan orang yang telah memarahi kamu, atau kamu cuba maafkan sesiapa yangg cuba memarahi kamu, maka cabutlah paku-paku yang kamu sudah tukul ke papan kandang itu" kata si ayah kepada anaknya.

Lalu anaknya pun melakukan apa yang telah disarankan oleh ayahnya tanpa ada rasa ingin mengetahui objektif atau sebab mengapa ayahnya memberi cadangan sedemikian rupa.

Sehinggalah ke  satu tahap, kesemua paku yang ditukul dahulu telah dicabutnya semula kerana merasa sudah memaafkan kesalahan orang lain dan melupakan kesilapan yang pernah dilakukan kepadanya. Lalu pemuda tersebut berjumpa dengan ayahnya untuk mengkhabarkan perihal tersebut.

Ayah pemuda itu pun pergi melihat sendiri apa yang dikatakan oleh anaknya...Ya, memang kesemua paku-paku itu telah di keluarkan namun ianya telah meninggalkan bekas iaitu lubang-lubang pada kayu-kayu kandang tersebut, dan ayah pemuda itu pun menerangkan kesan marah terhadap anaknya.


Kata Ayah :

"Anak ku, bila kamu marah pada seseorang dan melepaskan kemarahan tersebut tidak kira tempat tanpa berfikir secara rasional, kerana api kemarahan sudah melepasi tahap pemikiranmu.. maka tercetuslah kesan yang sangat besar dan dalam umpama batang tersebut (ayah menunjukan batang-batang yang berlubang-lubang) kesan ini mengambil masa yang panjang untuk kembali pulih atau ianya akan menjadi parut, begitu jualah di ibaratkan bila kita marah pada orang tentu orang itu terkesan dan bukan kesan yang sekejap kerana manusia ini pelbagai ragam, ada yang mudah memaafkan dan ada jua yang susah nak hilangkan kesan tercalar pada hatinya hatta seseorang itu bersahabat berpuluh-puluh tahun. Lebih parah lagi jika marah itu diselitkan dengan kata-kata kesat. Ingatlah tidak semua orang memiliki perasaan yang sama. Ingat lagi pepatah mengatakan jika kita buat silap atau terlepas kata pada orang lain ia susah untuk diundur kembali, dan buat silap dengan manusia tidak sama buat silap dengan Allah SWT, Allah Maha Pemaaf, tapi manusia tidak semua begitu dan ada sahaja yang susah untuk memaafkan.. oleh itu fikirlah dahulu sebelum kamu hendak melepaskan kemarahan kepada orang lain."


Ana teringat juga kisah dalam saifulislam.com yang dikarang oleh ustaz Hasrizal, kesan marah memberi kesan yang luar biasa kepada siapa-siapa yang berada disekelilling manusia, umpama daripada pengurus yang dimarahi bosnya, lalu kemarahan dilepaskan kepada isterinya, isterinya pula lepaskan marah pada anaknya, anaknya marah pada pembantu rumah dan tak semena-mena pembantu rumah  tersepak  kucing yang tak bersalah.



Apa pun cubalah untuk memaafkan orang lain, dan sungguh kita bukan siapa-siapa ...akhir kita akan kembali jua kepada Pencipta Kita,  Allah SWT..
dan kepada insan yang memiliki character suka marah-marah, cubalah didik hati untuk menjadi orang yang sabar.. tiada rugi untuk mencuba.. sungguh anda mampu untuk mengubahnya.. mintalah pada-Nya...

Tips untuk tidak marah:
cuba tenangkan diri, istighfar banyak-banyak, ambil wuduk..kalau tak le juga dari keadaan berdiri - gi duduk - tak le juga maka baringlah.. dan orang yang hebat dan kuat itu kan orang yang mampu untuk mengawal perasaan marahnya.. so jangan marah-marah.. 



Salam mujahadah dan salam muhasabah...

siapa rasa nak komen boleh tulis dalam ruangan komen dibawah..
sebab, tiap-tiap orang pasti ada pandangan sendiri.. 
tiada yang salah kerana itu hak anda...

Coretan rasa : Adaptasi dr-Srikandi Borneo

0 Pandangan:

Post a Comment