Tuesday 19 April 2011

Mula Kata

Assalamualaikum dan salam ukhuwah....
Alhamdulillah...syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya blog ini dapat diwujudkan.
Blog ini diwujudkan atas inisiatif Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2011/2012 yang diketuai oleh saudari Lasmi Binti Lukito dan saudara Rusydan Sidek.
Semoga blog yang diwujudkan ini dapat merapatkan lagi silaturahim tidak mengira agama, bangsa dan negara. Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsikan sesuatu yang dapat dimanfaatkan bersama untuk mahasiswa dan mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Blog ini juga akan memberitahu mengenai setiap program yang akan dijalankan sama ada di bawah badan induk Majlis Perwakilan Pelajar UPSI 2011/2012 mahupun program yang dijalankan oleh EXCO Latihan dan Pembangunan Sahsiah ini sendiri. Di samping itu juga, blog ini akan memberitahu Insya-Allah semua perkara yang bersangkut paut dengan pelajar UPSI sama ada dari segi kebajikan mahupun perkara lain. 
Diharapkan blog ini dimanfaatkan sebaik mungkin oleh semua pelajar UPSI. 

Sekian...

Wassalam

5 Pandangan:

wowww... warna pink lg..^_^
 
kami jiwa pink....=)
 
kih.. kih.. kami nak kiwa kuning..hahhahaa
 
mabruk!!!, syukran d ats usaha admin..smg Allah merahmati kalian...nak tya, klu nak post smthng, mcm mna ya? bg kat admin la ye?

Kak Lasmi.
 
Mabruk...semoga segala usaha kita Allah berkati.. Bilamana kita menolong agama Allah, mudah2an Allah pula yang akan mencukupkan segala urusan kita
 

Post a Comment