Thursday 28 April 2011

Disebalik Perasaan Marah, Cuba Maafkan...

Kisah ini adalah dari sebuah buku yang ana baca, tajuk buku "Mencari Makna Kehidupan". sangat best buku ni sebab banyak berkaitan dengan kehidupan yang sering kita alami.

Kisah-kisah yang terkandung dalam buku ini banyak membuka minda untuk ana berfikir, banyak kesilapan rupanya yang telah dilakukan, Insan...begitulah  insan yang kadang kala merasa apa yang dilakukannya adalah betul dan tepat.

Ana tertarik dengan beberapa kisah daripada buku tersebut. Tentu sahaja ada kaitan dengan tajuk diatas 'Disebalik Perasaan Marah". 
Kisahnya begini....
Seorang pemuda bersama dengan ayahnya.. 
Pada suatu petang pemuda tersebut mengalami ganguan emosi dan sering marah, lalu ayahnya mendekatinya dan cuba memberi cadangan kepada anaknya..

"Mari anak ku, ayah bawa kamu kesatu tempat untuk kamu lepaskan marah itu"


Anak tersebut pun tanpa banyak soal, mengikuti ayahnya ke kandang kuda.

"Wahai anak ku, apabila kamu marah kamu ambil paku dan ketuklah papan ini, hingga kamu berasa puas" begitulah pesan si ayah kepada anaknya.

Pemuda itu pun, melaksanakan apa yang ayahnya cadangkan, oleh itu apabila pemuda tersebut berasa marah lalu dia mengambil paku dan ketuk paku tersebut sekuat mungkin.

Tiba pada satu petang, seperti biasa pemuda tersebut berkongsi rasa dan dia memberitahu yang di sudah rasa lega. Ayah dia pun memberi cadangan yang lain pula, sebelum tu ayah dia lihat dahulu paku-paku yang dah melekat dekat kandang kuda tersebut.. 
dan paku-paku itu hampir memenuhi pagar!

"Sekarang, sekiranya kamu menahan rasa marah dan memaafkan orang yang telah memarahi kamu, atau kamu cuba maafkan sesiapa yangg cuba memarahi kamu, maka cabutlah paku-paku yang kamu sudah tukul ke papan kandang itu" kata si ayah kepada anaknya.

Lalu anaknya pun melakukan apa yang telah disarankan oleh ayahnya tanpa ada rasa ingin mengetahui objektif atau sebab mengapa ayahnya memberi cadangan sedemikian rupa.

Sehinggalah ke  satu tahap, kesemua paku yang ditukul dahulu telah dicabutnya semula kerana merasa sudah memaafkan kesalahan orang lain dan melupakan kesilapan yang pernah dilakukan kepadanya. Lalu pemuda tersebut berjumpa dengan ayahnya untuk mengkhabarkan perihal tersebut.

Ayah pemuda itu pun pergi melihat sendiri apa yang dikatakan oleh anaknya...Ya, memang kesemua paku-paku itu telah di keluarkan namun ianya telah meninggalkan bekas iaitu lubang-lubang pada kayu-kayu kandang tersebut, dan ayah pemuda itu pun menerangkan kesan marah terhadap anaknya.


Kata Ayah :

"Anak ku, bila kamu marah pada seseorang dan melepaskan kemarahan tersebut tidak kira tempat tanpa berfikir secara rasional, kerana api kemarahan sudah melepasi tahap pemikiranmu.. maka tercetuslah kesan yang sangat besar dan dalam umpama batang tersebut (ayah menunjukan batang-batang yang berlubang-lubang) kesan ini mengambil masa yang panjang untuk kembali pulih atau ianya akan menjadi parut, begitu jualah di ibaratkan bila kita marah pada orang tentu orang itu terkesan dan bukan kesan yang sekejap kerana manusia ini pelbagai ragam, ada yang mudah memaafkan dan ada jua yang susah nak hilangkan kesan tercalar pada hatinya hatta seseorang itu bersahabat berpuluh-puluh tahun. Lebih parah lagi jika marah itu diselitkan dengan kata-kata kesat. Ingatlah tidak semua orang memiliki perasaan yang sama. Ingat lagi pepatah mengatakan jika kita buat silap atau terlepas kata pada orang lain ia susah untuk diundur kembali, dan buat silap dengan manusia tidak sama buat silap dengan Allah SWT, Allah Maha Pemaaf, tapi manusia tidak semua begitu dan ada sahaja yang susah untuk memaafkan.. oleh itu fikirlah dahulu sebelum kamu hendak melepaskan kemarahan kepada orang lain."


Ana teringat juga kisah dalam saifulislam.com yang dikarang oleh ustaz Hasrizal, kesan marah memberi kesan yang luar biasa kepada siapa-siapa yang berada disekelilling manusia, umpama daripada pengurus yang dimarahi bosnya, lalu kemarahan dilepaskan kepada isterinya, isterinya pula lepaskan marah pada anaknya, anaknya marah pada pembantu rumah dan tak semena-mena pembantu rumah  tersepak  kucing yang tak bersalah.



Apa pun cubalah untuk memaafkan orang lain, dan sungguh kita bukan siapa-siapa ...akhir kita akan kembali jua kepada Pencipta Kita,  Allah SWT..
dan kepada insan yang memiliki character suka marah-marah, cubalah didik hati untuk menjadi orang yang sabar.. tiada rugi untuk mencuba.. sungguh anda mampu untuk mengubahnya.. mintalah pada-Nya...

Tips untuk tidak marah:
cuba tenangkan diri, istighfar banyak-banyak, ambil wuduk..kalau tak le juga dari keadaan berdiri - gi duduk - tak le juga maka baringlah.. dan orang yang hebat dan kuat itu kan orang yang mampu untuk mengawal perasaan marahnya.. so jangan marah-marah.. 



Salam mujahadah dan salam muhasabah...

siapa rasa nak komen boleh tulis dalam ruangan komen dibawah..
sebab, tiap-tiap orang pasti ada pandangan sendiri.. 
tiada yang salah kerana itu hak anda...

Coretan rasa : Adaptasi dr-Srikandi Borneo

MEMAKAI JAM DI TANGAN KIRI, MAKAN DENGAN TANGAN KIRI & BEZA ANTARA SUNAT DAN SUNNAH


Makan dengan tangan kiri

1. Bagi makan dan minum, kita amat dituntut untuk makan dengan tangan kanan. Makan menggunakan kiri adalah dilarang kerana ia menyalahi arahan Nabi dan terdapat ancaman baginda terhadap orang yang melakukannya. Di antara hadisnya ialah;

Dari bin Abi Salamah -yang merupakan anak kepada Ummu Salamah iaitu isteri Nabi- menceritakan; “Aku adalah kanak-kanak yang tinggal serumah dengan Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam-. (Suatu hari aku makan bersama beliau) dan ketika makan itu tanganku bergerak ke segenap dulang (untuk mengambil makanan).


Lalu beliau berkata kepadaku; “Wahai anak! Mulakanlah makan dengan menyebut nama Allah, makanlah dengan tangan kanan dan makanlah makanan yang hampir denganmu”. Sejak selepas itu, berterusan adab tersebut menjadi cara makanku. (Soheh al-Bukhari, kitab at-At’imah)

Berkata Imam as-San’ani (mengulas hadis di atas); Hadis ini menjadi dalil bahawa wajib makan dengan tangan kanan kerana Nabi mengarahkannya[1] di samping ditegaskan lagi oleh Nabi bahawa Syaitan makan dan minum dengan tangan kiri[2] dan perbuatan Syaitan diharamkan ke atas manusia untuk mengikutinya.

Begitu juga, diceritakan; Seorang lelaki makan dengan tangan kiri di hadapan Nabi, lalu baginda berkata kepadanya; “Makanlah dengan tangan kanan kamu”. Lalu lelaki itu menjawab; “Aku tidak boleh”.

Nabi lalu berkata (mendoakan); “Semoga kamu akan benar-benar tidak boleh” kerana tidak menghalangnya dari mematuhi arahan Nabi itu melainkan kerana sombong. Setelah itu lelaki tersebut tidak dapat lagi mengangkat tangannya ke mulut” (HR Imam Muslim).

Nabi tidak akan mendoakan yang tidak baik melainkan ke atas orang yang meninggalkan perkara wajib (menunjukkan makan dengan tangan kanan itu adalah wajib). (Subulussalam, Imam as-Son’ani, kitab an-Nikah, bab al-Walimah)

Dikecualikan jika seseorang itu tidak berdaya, seperi tangan kanannya terpotong, lumpuh, sakit atau sebagainya, maka ketika itu haruslah ia makan dengan tangan kiri kerana seseorang tidak disuruh lebih dari kemampuannya.

Maksud makan ialah kita menyuap makanan ke dalam mulut. Itu yang dituntut dengan tangan kanan. Adapun memindahkan makanan dari hidangan ke dalam pinggan kita (seperti menceduk makanan dari bekas di hadapan kita ke dalam pinggan kita),

itu tidaklah dinamakan makan. Jika kita dapat menggunakan tangan kanan, itulah yang sebaik-baiknya. Namun jika kita merasakan memegang sudu dengan tangan kanan yang telah dicemari makanan akan menimbulkan perasaan tidak enak orang lain yang makan bersama kita, tidak mengapa kita menceduk dengan tangan kiri.

Ini kerana adat dan pandangan manusia setempat juga di ambil kira oleh Islam selagi ia tidak bertentangan dengan Syariat.

Urusan-urusan yang disunatkan dengan tangan kanan

2. Adapun urusan-urusan yang lain, para ulamak membahagikannya kepada dua jenis;
a) Urusan-urusan yang mulia
b) Urusan-urusan yang tidak mulia atau kurang mulia berbanding yang pertama.


Urusan-urusan yang mulia, disunatkan kita menggunakan tangan kanan atau mendahulukan tangan kanan. Contohnya ; mengambil wudhuk (sunat mendahulukan anggota kanan dari yang kiri), mandi wajib atau mandi sunat (sunat memandikan sebelah kanan badan terlebih dahulu), memakai pakaian,

kasut dan selipar, memakai seluar, memasuki masjid, bersugi (memberus gigi), bercelak, memotong kuku, menipiskan misai, mencabut bulu ketiak, mencukur rambut, memberi salam di hujung solat, keluar dari tandas, makan, minum, berjabat tangan, melambai Hajar Aswad, mengambil sesuatu dari orang lain dan memberi sesuatu dan urusan-urusan lain yang semakna.

Adapun urusan-urusan yang tidak mulia atau kurang mulia berbanding di atas, disunatkan kita menggunakan tangan kiri atau mendahulukan yang kiri dari yang kanan. Contohnya; membuang hingus, beristinjak (membasuh kencing dan berak), memasuki tandas, keluar dari masjid, ketika menanggalkan sepatu/kasut, seluar, pakaian dan selipar, melakukan perkara-perkara yang kotor dan yang seumpamanya lagi.

Dalil bagi kaedah atau ukuran di atas ialah hadis-hadis yang banyak, antaranya;

a) Dari ‘Aisyah menceritakan; “Rasulullah menyukai (mendahulukan) sebelah kanan bagi semua urusannya; ketika bersuci, ketika menyisir rambut dan ketika memakai sepatu” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim).

Sebahagian ulamak mengulas; Rasulullah suka mendahukan sebelah kanan adalah untuk membina harapan baik kerana ahli syurga adalah dari golongan kanan (Ashabil-Yamin). (Fathul-Bari)

b) Aisyah menceritakan juga; “Adalah tangan kanan Rasulullah beliau gunakan untuk bersuci (wudhuk) dan makan. Adapun tangan kirinya beliau gunakan untuk membasuh kencing dan berak dan urusan yang kotor/jijik” (HR Imam Abu Daud. Menurut Imam an-Nawawi; sanad hadis ini adalah soheh. Lihat dalam al-Majmu’).

c) Dari Hafsah menceritakan; “Rasulullah menggunakan tangan kanannya untuk makanannya, minumannya dan pakaiannya dan tangan kirinya untuk urusan-urusan selainnya” (HR Imam Abu Daud. Menurut Imam an-Nawawi; sanad hadis ini jayyid. Lihat dalam al-Majmu’).

d) Dari Ummu ‘Atiyah menceritakan; Rasulullah memerintahkan kepada perempuan-perempuan yang memandikan jenazah anak perempuannya; “Mulakan dengan memandikan sebelah kanannya dan dari anggota-anggota wudhuknya” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim)

e) Dari Abu Hurairah menceritakan; Rasulullah bersabda; “Apabila kamu memakai pakaian dan apabila kamu mengambil wudhuk, mulailah dari sebelah kanan kamu” (HR Imam Abu Daud dan at-Tirmizi dengan sanad yang soheh).

f) Dari Abu Hurairah juga; Rasulullah bersabda; “Apabila kamu memakai sepatu/kasut, mulailah dengan kaki sebelah kanan dan apabila kamu menanggalnya, mulailah dengan kaki sebelah kiri supaya yang kanan menjadi yang paling awal kamu pakai dan yang paling akhir kamu tanggalkan” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim).

g) Dari Anas yang berkata; “Menjadi sunnah Nabi apabila kamu ingin memasuki masjid, mulailah dengan kaki kanan dan apabila kamu keluar darinya, mulailah dengan kaki kiri” (HR Imam al-Hakim. Hadis soheh mengikut syarat Imam Muslim).

Memakai jam dan gelang di tangan kiri

3. Berbalik kepada soalan di atas, iaitu mengenai memakai jam dan gelang tangan, oleh kerana ia adalah perhiasan, melihat kepada ukuran dan kaedah di atas; disunatkan di sebelah kanan kerana memakai perhiasan termasuk dalam kategori urusan-urusan yang mulia. Ia tidaklah wajib kerana tiada nas yang mewajibkannya tidak sepertimana wajib makan dengan tangan kanan tadi kerana ada nas yang mewajibkannya.

Malah jika kita melihat kepada pemakaian cincin oleh Rasulullah, ada hadis menceritakan Rasulullah memakai cincin di sebelah kanan dan ada juga hadis baginda memakainya di sebelah kiri (Sila baca dalam blog ini; Bagaimana Rasulullah memakai cincin?).

Perbezaan Sunat dan Sunnah

2. Mengenai perbezaan Sunat dan Sunnah;

a) Sunat merujuk kepada hukum iaitu perbuatan atau percakapan yang disunatkan iaitu jika dilakukan akan mendapat pahala dan jika ditinggalkan tidaklah berdosa. Ia adalah salah satu dari lima hukum taklifi (yakni hukum Syariat yang ditetapkan ke atas perbutan-perbuatan manusia) iaitu; wajib, sunat, harus, haram dan makruh.

b) Adapun sunnah atau as-Sunnah, ia bermaksud cara hidup Nabi atau apa yang datang dari Nabi. Pengertian Sunnah lebih luas dari sunat kerana Sunnah terangkum di dalamnya semua yang diwarisi dari Nabi meliputi perbuatan Nabi, percakapan Nabi, pengakuan Nabi, sifat-sifat Nabi (sama ada sifat kejadian atau sifat akhlak) dan seerah hidup baginda (dari mula kelahiran hingga kewafatannya).

Sunnah ada yang wajib kita amalkan, ada yang sunat diamalkan dan ada yang elok untuk diikuti. Sebagai contoh tadi; makan dengan tangan kanan, ia termasuk dalam sunnah yang wajib diamalkan.

Adapun yang lain-lainnya (berwudhuk mulai dari anggota kanan, memakai pakaian, sepatu bermula dari kanan dulu, melangkah kaki kanan dulu untuk masuk masjid dan sebagainya tadi) ia adalah sunnah yang termasuk dalam kategori sunat.



Perkongsian : RM

Misteri Disebalik Nombor 111 tahun 2011

-in the name of ALLAH the most merciful and the most gracious-

MiSTERI DI SEBALIK 111,

apa sebenarnya yang ada disebalik angka 111 ,
menurut banyak pendapat peristiwa ini hanya berlaku setiap 823 tahun sekali,
betul ke? jom sama-sama kita selidik.

dalam tahun ni sahaja kita akan menempuh tarikh yang jarang2 berlaku dlm setahun,
01/01/11,  01/11/11 , 11/01/11,  11/11/11

perasan tak, nombornya hanya melibatkan digit "0" dan "1" jer,
bukankah itu adalah bahasa komputer. 
kalau siapa-siapa nak tahu lebih lanjut tentang bahasa nie boleh tanya yang pakar.

sejak dari  zaman dulu-dulu lagi banyak kajian yang dilakukan oleh cendiakawan-cendiakawan islam mahupun barat mengenai rahsia penomboran ni @numerologi
dan berkait dengan ilmu metafizik.
ajaib, tetapi benar.. 
adakah kebetulan?
jika tak percaya, dipersilakan sama-sama kita selidiki.

insyaALLAH,kebenaran akan terbukti, jelas, tepat dan benar.

sekarang cube kire (+-*/)
-Ambik 2 angka terakhir tahun anda DILAHIRKAN,
 kemudian tambahkan dengan UMUR anda sekarang. 

agak-agak berapa yer? cuba tanya kawan sebelah pula dia dapat berapa,
eh macam serasi jer, cuba tanya jiran sebelah pula,
eh betul ke?? tak kan kott ramai sangat yang serasi.

WHAT??? percaya atau tidak,
itulah jawapan yang akan diperolehi  " 111"...
bahkan, JAWAPAN YANG SAMA akan diperolehi oleh:-

1) berBillion penduduk bumi,
2) berbillion-billion jenis tumbuh-tumbuhan
3) berbillion-billion spesis haiwan.
4) Trillion jenis sel dan virus
... dan semua hidupan YANG BERNYAWA!

Apatah lagi tahun 2011 ini pula bersamaan dengan tahun HIJRAH 1432 
yang juga bila disemak  (dicampurkan angka 1+4+3+2 = 10 @ 1) 
membawa nilai akhirnya 1.

dan cuba buka kalender tahun nie, 
tengok betul-betul apa yang berlaku pada bulan Oktober 2011
terdapat 5 hari ahad, 5 hari isnin dan 5 hari sabtu..
tak kan kot....

KENAPE yer?? 
dan sama-sama kita luangkan sedikit masa dengan tonton dan hayati klip video ini,
insyaALLAH huraian lebih lanjut akan disampaikan oleh ustaz zainol asri



sambungannya,

sekarang cuba kita senaraikan peristiwa-peristiwa besar yang telah berlaku tahun ini sebagai peringatan bersama-sama,


pertama sekali kita merujuk kepada kalender masihi,
hari ke 111 yang jatuh pada tarikh 21/04/11
(berlakunya kemuncak hujan meteroid lyrids)



banyak betul kebetulannya, 
21 APRIL adalah hari ke 111 di tahun masihi ada acara di langit dunia. 
hujan tahi bintang panas berapi.
BINTANG-BINTANG seakan2 MENARI.. atau mungkin sedang MEMBERI PERINGATAN kepada penduduk ALAM bahawa akan hadir HARI AKHIRAN.





Angka 1 seolah MENGAMBARNYA “DIA – TUHAN YANG MAHA BERKUASA”.. lalu deretan angka 1-1-1 seolah menggambarkan “segalanya datang (bermula) DARINYA, hidup KERANANYA (izinya) dan bakal kembali KEPADANYA”.


tahun ni juga berlakunya 
Gempa Bumi yang paling dasyat dalam sejarah 
di Jepun terjadi pada 11/03/11(Hari JUMAAT)
air laut berpusar dan menggelegak
kebakaran di wilayah miyagi
kebetulan lagi, tapi adakah semua ini kebetulan, kebetulan dan kebetulan
sejak akhir-akhir ini begitu petanda-petanda  dan peringatan yang disampaikan oleh alam.
Ramai yang mengaitkannya dengan AKHIRAN USIA ALAM. Tak kurang mengatakannya sebagai TANDA KIAMAT!! 
Untuk kita, salah satu TIANG iman adalah percaya pada hari kiamat, lalu kita harus belajar akan segala tentangnya sebaik mungkin  (mastershifoo)

Hanya ALLAH yang tahu bila.. bagaimana atau segalanya tentang kiamat.  Pun begitu banyak kajian dari berbagai latar-belakang beberapa tahun ini merumuskan antara TANDA AKHIRAN ALAM adalah melalui BENCANA seperti Mega tsunami yang disebabkan oleh gempa bumi dan juga hentaman asteroid @ METEOR!

dan seperti kata ustaz zainol tadi berkenaan dengan surah ke-111
jatuh kepada surah AL-LAHAB,
iaitu kisah Abu Lahab bapa saudara Rasullullah saw yang menjadi penentang kuat ketika baginda menyampaikan dakwah.

hayati surah ini yang mempunyai 3ayat.
surah ini menceritakan balasan yang akan diterima oleh Abu Lahab dibakar dalam api neraka yang bergelegak panas membahang, 
akibat perbuatannya dalam menghalang dakwah Rasullullah.

(huraian oleh mastershifoo)

Perbincangan ini bukanlah mahu mengupas atau menafsirkan surah ini kerana jelas saya terlalu fakir untuk itu. Saya hanya MELIHAT SEBUAH ATURAN yang terdapat dari surah ini iaitu ianya adalah SURAH KE 111 dari 114 surah yang ada di dalam susunan Al-Quran.

Angka 111 jika dimampatkan (dicampurkan) tentulah hasilnya 3. 
Pada surah ini, ianya dinamakan Al Lahab sempena PERKATAAN “LAHAB” yang disebut pada ayat 1 dan 3 seolah MEMBERI MESEJ “ANGKA 1 YANG DISUSUN TIGA”.
Juga, surah ini terletak di JUZ 30 (angka 3) dan selepas surah ini – ada BERBAKI 3 SURAH LAIN yang ketiga-tiganya bermula dari kata “QUL” (SURAH 3 QUL) yakni yang bermaksud  “KATAKANLAH..


Kita maklum bahawa jumlah surah ada 114 dan jumlah ayat ada 6236 ayat secara keseluruhan. Selepas surah ke 111 ini, ada baki 3 surah yang lain iaitu:

Surah Al Ikhlas  – surah ke 112 : 4 ayat
Surah Al Falaq  – surah ke 113 : 5 ayat
Surah An Nas – surah ke 114 : 6 ayat
Jumlah baki surah adalah 3 dan jumlah baki ayat-ayat dari surah-surah ini adalah : 4+5+6 = 15 ayat.

kemudian

JUMLAH AYAT AL QURAN  iaitu 6236 DITOLAK dengan JUMLAH AYAT-AYAT BAKI 3 SURAH iaitu 15 = 6221. Dan kini jika deretan angka ini dimampatkan iaitu 6+2+2+1 = 11.
Jawapannya adalah angka 11!!!

fikir-fikirkan

tahun 2011 merupakan tahun yang unik dan pelik, 
terdapat banyak kisah yang berlaku, 
pasti ianya menyimpan suatu rahsia yang tersembunyi.. 
seolah-olah memberi pengingatan kepada kita umat manusia dengan berulang-ulang
namun hanya ALLAH sahaja yang tahu, 
dan sesungguhnya DIALAH YANG MAHA BERKUASA ATAS SEGALA SESUATU, 

Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (iaitu) Al Qur’an yang serupa lagi berulang-ulang, gementar kerananya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjuki siapa yang dikehendakiNya. Dan sesiapa yang disesatkan Allah, maka tiada seorang pun pemberi petunjuk baginya”.  -  
Surah Az Zumar 39:23

dan kalau ada masa yang terluang jom sama-sama kita ambil al-quran dan teliti bait-bait ayatnya, sungguh al-quran adalah peringatan yang jelas bagi umat manusia..

Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya. (Al-Anbiyaa' 21:1)

mereka juga mendustakan hari kiamat; dan Kami telah sediakan bagi sesiapa yang mendustakan hari kiamat itu, api yang menjulang-julang. (Al-Furqaan 25:11)

"Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)". (As-Sajdah 32:11)

Apabila langit terbelah, (Al-Insyiqaaq 84:1)
Maka ia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya, (Al-Insyiqaaq 84:11)

Pada saat itulah diuji orang-orang yang beriman, dan digoncangkan perasaan dan pendiriannya dengan goncangan yang amat dahsyat. (Al-Ahzaab 33:11)

Pada hari langit (dan segala isinya) bergegar dengan sekuat-kuatnya
Dan gunung-ganang bergerak dari tempatnya dengan cara yang luar biasa. 
(Apabila berlaku yang demikian), maka kecelakaan dan kebinasaanlah pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakan kebenaran; (At-Tuur 52:9-11)

"Dan aku tidak mengetahui (mengapa dilambatkan balasan buruk yang dijanjikan kepada kamu itu) jangan-jangan lambatnya menjadi satu sebab yang menambahkan azab kamu, dan di samping itu memberi kamu kesenangan hidup hingga ke suatu masa yang tertentu". (Al-Anbiyaa' 21:111)

Allah memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Ia mengembalikannya (hidup semula pada hari kiamat), kemudiankepadaNyalah kamu akan dikembalikan (untuk menerima balasan)(Ar-Ruum 30:11)

Dan apabila langit terbelah;  Dan apabila gunung-ganang hancur lebur berterbangan;  Dan apabila Rasul-rasul ditentukan waktunya untuk dipanggil menjadi saksi terhadap umatnya, (maka sudah tentu manusia akan menerima balasan masing-masing). 
(Al-Mursalaat 77:9-11)

"Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat buruk (yang menimpa) orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul) itu." (Al-An'aam 6:11)

Dan kalau Allah menyegerakan bagi manusia azab sengsara yang mereka minta disegerakan, sebagaimana mereka minta disegerakan nikmat kesenangan, nescaya binasalah mereka dan selesailah ajal mereka. Oleh itu, (Kami tidak menyegerakan azab yang dimintanya), Kami biarkan orang-orang yang tidak menaruh ingatan menemui Kami itu meraba-raba dalam kesesatannya(Yunus 10:11)

Oleh itu tunggulah semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat), 
 Yang akan menimpa seluruh keadaan manusia (yang kafir itu, sehingga mereka akan berkata: "Ini adalah azab yang sungguh menyakitkan". 
(Pada saat itu mereka akan merayu dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Hapuskanlah azab ini dari kami, sesungguhnya kami akan beriman!". (Ad-Dukhaan 44:10,11, 12)

Dan sesungguhnya tiap-tiap seorang akan disempurnakan oleh Tuhanmu balasan amal mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam pengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (Hud 11:111)

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya
(Ar-Ra'd 13:11)

Telah hampir datangnya janji yang telah ditetapkan oleh Allah, maka janganlah kamu minta disegerakan. Maha suci Allah dan Maha tinggilah Ia dari perbuatan syirik yang mereka lakukan. (Al-Nahl 16:1)

(Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka itu pada hari kiamat), hari tiap-tiap diri datang membela dirinya semata-mata, dan tiap-tiap diri disempurnakan balasan apa yang ia telah kerjakan (sama ada baik atau jahat), sedang mereka tidak akan dianiaya sedikit pun. (Al-Nahl 16:111)

Dan segala muka akan tunduk dengan berupa hina kepada Allah Yang Tetap Hidup, lagi Yang Kekal Mentadbirkan makhluk selama-lamanya; dan sesungguhnya telah rugi dan hampalah orang yang menanggung dosa kezaliman. (Taha 20:111)

Mereka menjawab: "Wahai Tuhan kami! Engkau telah menjadikan kami berkeadaan mati dua kali, dan telah menjadikan kami bersifat hidup dua kali, maka kami (sekarang) mengakui akan dosa-dosa kami. Oleh itu adakah sebarang jalan untuk (kami) keluar (dari neraka)?" (Ghaafir 40:11)

Dan (Dia lah) yang menurunkan hujan dari menurut sukatan yang tertentu, lalu Kami hidupkan dengan hujan itu negeri yang kering tandus tanahnya. Sedemikian itulah pula kamu akan dikeluarkan (hidup semula dari kubur). (Az-Zukhruf 43:11)

Balasan yang demikian, kerana sesungguhnya Allah menjadi Pelindung orang-orang yang beriman, dan sesungguhnya orang-orang yang kafir: tiada sesiapapun yang dapat memberikan perlindungan kepada mereka. (Muhammad 47:11)

(Semuanya itu) sebagai rezeki bagi hamba-hamba Kami. Dan lagi Kami telah hidupkan dengan air itu bumi yang mati; demikianlah pula keadaan keluarnya (orang-orang yang mati dari kubur setelah dibangkitkan hidup semula).(Qaaf 50:11)

Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan. (Al-Munaafiquun 63:11)

Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (At-Taghaabun 64:11)

Dan biarkanlah Aku sahaja membalas orang-orang yang mendustakan (bawaanmu) itu, orang-orang yang berada dalam kemewahan, dan berilah tempoh kepada mereka sedikit masa; (Al-Muzzammil 73:11)Kerana sesungguhnya di sisi Kami disediakan (untuk mereka) belenggu-belenggu dan neraka yang menjulang-julang, (Al-Muzzammil 73:12)

(Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): "Ke manakah hendak melarikan diri?" (Al-Qiaamah 75:10)Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan! (Al-Qiaamah 75:11)Pada hari itu, kepada Tuhanmu lah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara. (Al-Qiaamah 75:12)

wallahu a'lam.. 
sesungguhnya ALLAH MAHA MENGETAHAUI SEGALA SESUATU.

mana yang baik sama-sama kita kongsikan bersama.
mana yang salah atau silap harap diperbetulkan..

rujukan.
my zen sapce. mastershifoo.
keajaiban nombor.
numerologi number.
asteronomi space.
dan perkongsian bersama sahabat.

Coretan:RM